Majlis Pelancaran Cashless @ Nadi Felda Taib Andak
11 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniProgaram Cashless Society dilakukan secara berfasa yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta rakan-rakan strategik yang lain melalui Program Cashless @ NaDi di Felda yang terpilih, projek rintis, bulan cashless dan cashless carnival. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran komuniti tempatan dan peniaga tentang manfaat penggunaan bayaran tanpa tunai dan penerimagunaan teknologi seperti e-dompet, DuitNow, quick response (QR) dan kad debit/kredit serta seterusnya menyokong usaha kerajaan mengukuhkan kedudukan ekonomi komuniti setempat.
Timbalan Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Teo Nie Ching telah hadir pada Majlis Pelancaran Cashless Society di NaDi Felda Taib Andak, Johor. Turut hadir yang Yang Berusaha Encik Syirfan Indra Mitra Surya Bin Hussin, Pengarah Komunikasi Strategik FELDA, Yang Berusaha Encik Asnawi Bin Amat Jupri, Penolong Pegawai Daerah Kulai, Yang Dihormati Tuan ASP Ahmad Shamsul Bin Rebu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPD Kulai, barisan Pegawai MCMC, barisan Pegawai FELDA, wakil-wakil penyedia perkhidmatan kewangan, Penyedia e-dompet, wakil peniaga dan rakan-rakan media. Seramai 125 orang pengunjung telah hadir memeriahkan program ini.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti aktiviti dan jualan tanpa tunai, cabutan bertuah e-tunai, khidmat nasihat usahawan, permainan playstation, jualan makanan dan minuman, dan jualan barangan usahawan tempatan. Diharapkan akan ada lebih banyak program seperti ini pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: